Pages

Wednesday 18 December 2013

Untung 5 sen dari setiap pelanggan

 

Perasan atau tidak rupa – rupanya dalam diam ada pasar raya yang maju sentiasa mengambil kesempatan daripada para pelangggan mereka, sama ada ini atas arahan pihak pengurusan ataupun kehendak juruwang sendiri, kerana admin sudah kerap kali terkena oleh pasaraya Giant meskipun cawangan yang berbeza dan juruwang yang berbeza, mungkin ada diantara para pembaca tidak kisah sekiranya baki anda sepatutnya Rm 20.45 dikembalikan sebanyak Rm 20.40 , pada pendapat sesetengah orang apalah jika sekadar Rm 0.05 bukan miskin pun..namun jika seorang juruwang boleh berbuat demikan untuk 200 orang pelanggan dan ada 5 kaunter maka sehari pasaraya tersebut mengutip wang curian sebanyak Rm 50 sehari dan katakan ada 100 cawangan maka sehari untung daripada rm 0.05 ialah rm 5000. itu cuma kira kasar, saya tidak mengatakan perkara ini dirancang namun jika dirancang maka kecurian ini tidak boleh dimaafkan. tetapi jika ini adalah sikap sesetengah juruwang maka bagi saya pekerja tersebut tidak jujur dan amanah. kepada para pembaca sekalian tuntutlah hak anda meskipun ianya hanya Rm 0.05.

5 sen 1997 hazuism.blogspot
Disamping itu juga daripada komen yang terdapat di laman web www.mazidulakmal.com , kita pengguna juga harus memeriksa resit pembelian agar harga yang di scan sama dengan harga yang dipaparkan pada rak barangan, Ini bagi mengelak kita ditipu..kerana majoriti kita jarang menyemak resit pembelian selepas membuat pembayaran.
 
p/s: pengguna bijak sentiasa memastikan hak dirinya sbagai pengguna di hargai oleh para peniaga.
 

No comments:

Post a Comment