Pages

Monday, 15 April 2013

Calon wanita tanding di Kota Samarahan?

 

KUCHING - Seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan  dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.

Abdul Taib Mahmud

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengumumkannya (senarai calon PBB), jangan bimbang, pada asasnya beliau telah bersetuju mengenai perkara itu," kata Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, hari ini.

Suara Ajaib : Dasar kami yang duduk atas pagar nie amat berharap agar Calon yang bakal menggantikan Dtuk Sulaiman Taib , juga berkaliber seperti beliau dan dapat memajukan lagi samarahan. Samarahan yang kini dalam arus kemajuan yang amat mendadak memang patut di pimpin oleh seorang calon yang mahu dipimpin untuk memimpin, dan kami amatlah berharap selepas pru 13 ini, pusat judi online yang amat banyak dikawasan samarahan dapat dibanteras sehingga tidak beroperasi lagi, bukan sekadar itu adalah diharapkan juga penjual arak secara terbuka turut dapat dibendung memandangkan Kota Samarahan adalah pusat Ilmu yang berpusat dan amat terancang pada pandangan kami, semoga impian kami untuk melihat kota samarahan lebih maju akan direalisasikan selepas PRU 13 INI.

No comments:

Post a Comment