Pages

Friday 21 June 2013

Najib galak potong gaji tunai zakat

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVuicMf_DWwF3k9Q__uGz0warJBfDibjqt36yynceLHmXeWIe3zErytuS9tGWW04aZwoLs3YnElYKUPj25bsfyGrEmKDmSX29LRiyJlomyvyhGiBeZLVOO88S1xMgGJOEUk53uMUYp08X5/s400/ImageHandler.ashx.jpg

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menyeru umat Islam menunaikan zakat melalui potongan gaji dalam talian untuk menambah saham akhirat.
“Proses pembayaran zakat kini boleh dilakukan melalui potongan gaji dalam talian. Berzakatlah kita untuk akhirat,” kata Perdana Menteri dalam tweet terbarunya, semalam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiS7gXMuK1RDW9i59Q60TiiRN6yrI7PJ9aJIiZyKbTsNytO49W0HqnAaXJVGdtSZrUOx-lLxupAN5RbdP0KaAgB-RT0PLl7teoCOL87zjqLV2WlhF5bXgy_g0n0Ich8yIGUpDWeJIWGQTo/s1600/zakat.jpg

Sumbangan pelabur
Dalam tweetnya, Najib turut mengalu-alukan sumbangan pelabur kepada Taman Teknologi Malaysia (TPM Corp).“TPM Corp sasar untuk memperoleh dana pembiayaan RM1 juta menjelang akhir tahun ini. Sumbangan daripada pelabur budiman amat dihargai,” katanya.Kelmarin, Presiden yang juga Ketua Eksekutif TPM Corporation Sdn Bhd, Datuk Mohd Azman Shahidin, berkata syarikat itu menyasarkan dana RM1 juta daripada lebih 10 pelabur budiman swasta menjelang akhir tahun ini.Azman berkata, TPM mengenal pasti lebih 70 individu kaya dan berpendapatan tinggi yang mampu mengumpul sumber, pengalaman pelaburan dan pengetahuan industri untuk menyokong syarikat yang bakal bermula dengan projek berdaya maju dan rancangan perniagaan baik.

kata kami :

Pembayaran zakat online seperti yang dicadangkan amat baik dan memudahkan orang ramai serta menjimatkan masa daripada bersesak di kaunter pusat pembayaran zakat, semoga semua pusat pembayaran zakat di setiap negeri dapat mengadakan kaedah pembayaran secara online dan juga mengisi pemotongan melalui gaji juga dpat dilaksanakan secara online.

No comments:

Post a Comment