Malaysia Airline atau masih dikenali dengan MAS mengekalkan tradisi yang dimulakan sejak 2008 iaitu mengedarkan bubur lambuk kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan agensinya, rakan perniagaan dan pemegang kepentingan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari dalam bulan Ramadhan sehingga menjelang Syawal.
![]() |
|
Menyuntik kata – kata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, beliau menyatakan “Ini merupakan cara kami untuk mengucap terima kasih kepada anda yang terusmenyokong Malaysia Airlines selama ini. Tanpa bantuan, sokongan dan bimbingan anda, mustahil kami dapat memberi perkhidmatan yang cekap kepada pengguna setiap hari," katanya. Sementara itu, Ahmad Jauhari berkata pada 1 Julai lepas, Malaysia Airlines meraikan ulang tahun pertama penyertaan A380 dalam kumpulan pesawatnya. Beliau berkata pesawat pertama A380 Malaysia Airlines melakukan penerbangan pertamanya dari KLIA ke London tahun lepas.
Ps: kami dari warga www.suaraajaib.com dengan tulus ikhlas mengucapkan tahniah kepada usaha murni pihak Malaysia Airline, moga projek ini diteruskan untuk tahun – tahun yang berikutnya.
No comments:
Post a Comment