Pages

Friday 23 August 2013

Akhirnya bebas dari maut selepas 7 tahun

 

Masih kah anda ingat kepada dua orang anggota polis ini ,mereka berdua adalah yang tertuduh dan akhirnya disabit bersalah dalam kes Altantuya Shaariibuu 7 tahun lalu,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil5swEKuYldA8sjUT6G_d-yGncUKGPEqtRKkIddCPLlWs34CZcozPWj0p-4jFjBwSICIoQnnxWEqRb2wmiqNrZ_VIcIzRr38BV5FmhK5dedTIZBpm5nIIvz3RVsL7rio45hnpmDDd_ocqN/s320/sirul_azilah.jpgmereka berdua ini mengikut sabit kesalahan  hukumannya adalah gantung mati mandatori, namun terkini petikan dari Berita harian online menyatakan Panel tiga hakim mahkamah rayuan diketuai hakim datuk Mohamed Apandi Ali bersama sama datuk Linton Albert dan datuk Tengku Maimon tuan Mat sebulat suara membuat keputusan yang dibacakan oleh Tengku Maimon, bahawa mereka berdua dibebaskan dari hukuman gantung mati tersebut dan akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.

Tindakan ini pasti akan menimbulkan persoalan banyak pihak,terutama dari bapa Altantuya kerana pembunuh anaknya (Altantuya) bebas dari hukuman. Pasti ada juga pihak yang akan mengatakan bahawa adalah benar selama ini mereka berdua hanya Kambing Hitam dalam kes pembunuhan Altantuya. Kami berharap selepas pembebasan mereka , mereka akan membuat sidang akhbar menyatakan kebenaran mengenai kes mereka.

p/s: andai hukum hakam dan undang – udang agama Islam terus diketepikan oleh negara – negara yang mengaku Islam sebagai agama rasmi , nescaya pembunuhan dan jenayah lain pasti akan meningkat saban hari dan akhirnya meruntuhkan ekonomi dan ke sejahteraan sesuatu negara itu, maka kami berharap negara kita akan segera mungubal undang – undang mengikut syariat Islam yang betul dan bukan untuk kepentingan sendiri dan kroni – kroni.

No comments:

Post a Comment