Pages

Sunday 25 August 2013

Altantuyaa mati katak?, Kematiannya tak terbela !

ramai yang betanya pendapat admin tentang kematian Altantuyaa, selepas dua orang pegawai polis Sirul dan Azilah dibebas  ada yang berpendapat kematiannya adalah mati katak dan sia – sia, baru baru ini Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan kekecewaannya dengan Mahkamah Rayuan kerana tidak mengarahkan diadakan perbicaraan semula kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pada pandangan kami pendakwaan itu boleh dikatakan lemah, kerana jika dahulu kita tahu dua orang pegawai ini disabit menggunakan bom c4 untuk mengebom Altantuya, maka secara logik apabila mereka berdua bebas pasti ramai yang hendak tahu siapa kah yang sebenarnya membunuh?, jika hakim rayuan mengatakan mereka berdua , persoalan kenapa dibebaskan, adakah kerana mendapat pengampunan Agung, atau memang mereka tidak bersalah. Kalau mereka berdua tidak bersalah , seharusnya perbicaraan semula diadakan bagi menunjukkan keadilan dalam sistem undang – udang negara kita dan sekaligus menjadikan negara luar memandang tinggi dengan sistem kehakiman negara kita.

Tanpa perbicaraan semula seolah – olah tiada keadilan , maka kita tidak akan tahu mengapa sebab sebenar beliau dibunuh, andai saksi utama tidak dipanggil maka dengan rasminya  boleh dikatakan pendakwaan memang lemah.

p/s: jika perbicaraan semula diadakan, siapakah pula yang akan menunggu hukuman mati, moga suatu hari nanti negara kita melaksanakan perbicaraan secara Syariat Islam, semakin kita jauh dengan Al Quran, takut kelak bala akan turun seperti yang terjadi di negara islam lain seperti Mesir , Syria, Iraq dan banyak lagi negara Islam yang pada dasarnya Agama Islam merupakan agama rasmi, namun undang – undang, ekonomi dan politik tidak selari dengan Syariat Islam.

No comments:

Post a Comment