Pages

Thursday 15 August 2013

DAP dipersila buka cawangan di Samarahan dan Asajaya

 

Abdul Karim Rahman Hamzah mempersilakan DAP untuk membuka cawangan di Samarahan dan Asajaya selepas DAP membuka cawangan di DUN Tupong yang bertujuan memberi bantuan dan menerima aduan daripada penduduk sekitar, pada pandangan kami yang kurang arif dalam bidang politik , tindakkan Datuk Abdul Karim ini sebenarnya adalah bahaya, meskipun peluang DAP hendak menang PRN –11 di kawasan Tupong mahu kawasan Asajaya dan Samarahan adalah kemungkinannya nipis, namun dengan pembukaan cawangan dan diurus oleh wakil dari bangsa sesuatu kawasan adalah tidak mustahil boleh mengurangkan kepercayaan penduduk setempat dengan BN, adalah tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk memberi bantuan tanpa menunggu peruntukkan dari kerajaan pusat, dan ini akan menyebabkan penduduk yang dahagakan bantuan akan berpindah undi dengan sekelip mata.

Meskipun ADUN Samariang yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Daud Abdul Rahman ADUN Tupong yakin bahawa DAP tidak akan menang ,namun bagi kami jentera BN janganlah terlalu selesa meskipun  Datuk Karim menyatakan bahwa bekas pelajar UNIMAS Abdul Aziz Isa yang berusia 24 tahun seperti butakan Sejarah ,namun mungkin Abdul Aziz mempunyai agenda sendiri dan mungkin juga beliau telah membuat kajian sebelum membulatkan tekad untuk menyertai DAP.

berbalik kepada perkara mempersila DAP membuka cawangan di Asajaya dan Samarahan, kami merasakan ajakkan ini bahaya terutama di kawasan Samarahan yang dalam proses membangun, kerana cuba kita lihat semua kawasan maju telah di menangi oleh DAP dan PKR, seperti Bandar Kuching, Sibu dan Miri, kini Samarahan makin maju dan tidak mustahil sokongan cina sksn beralih kepada DAP.

p/s: moga pemimpin BN dan jenteranya semakin rajin turun padang untuk kawasan di sarawak demi mengekalkan kemenangan ya dulu sebelum senario politik sarawak berubah pada PRN 11

No comments:

Post a Comment