Pages

Sunday 1 September 2013

Restoran maju, tandas terbiar

Dah beberapa hari ini kami hendak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa kedai dan restoran muslim. Ada beberapa buah restoran dan kedai makan yang kami pergi di sekitar kuching dan samarahan tandas mereka berdekatan sama ada dengan tempat membancuh air dan ada juga didalam dapur tempat memasak makan. Apa yang lebih menyedihkan adalah keadaan dan bau tandas yang amat tidak menyenangkan dan tidak terlalu terlampau jika kami katakan andai masuk tandas sebelum makan pasti akan hilang selera makan.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.135713.1362113540!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
gambar ni pinjaman sahaja, kami tak larat lama2 apa tah lagi nak ambik gambar.

adakah kerana pemilik dan pekerja terlalu sibuk sehingga tiada masa nak membersihkan tandas. Ada sesetangah tandas bau hancingnya boleh di hidu kalau memilih tempat duduk yang berdekatan dapur. ada juga restoran dan kedai makan yang tandas berhadapan je dengan tempat membancuh air, yang lagi pelik adalah pekerja ramai mengalahkan restoran makanan segera, namun kenapa tiada yang ditugaskan mencuci tandas , sekurang – kurangnya 2 jam sekali pun oklah. paling pelik nya bagaimana Majlis perbandaran dan Majlis bandaraya boleh memberi mereka kebersihan tahap A dan B, adakah kebersihan tandas tidak dinilai.. moga majlis perbandaran dan bandaraya peka terhadap perkara ini.

p/s: JAIS dan jakim rasa boleh juga menarik lesen halal mereka rasanya, kerana salah satu syarat makanan itu halal adalah dari segi kebersihan dan kesucian penyediaannya, harap pihak jais dan Jakim tegas dalam pemberian lesen halal kepada pra primes makanan… nantikan kupasan kedai yang berselindung di balik lesen Halal.

No comments:

Post a Comment