Pages

Thursday 5 September 2013

Nazri Aziz raja kecoh menteri BN ke?

 

Bulan lepas Datuk Nazri Aziz mengatakan kuasa mutlaknya sebagai menteri tidak boleh dipertikai , sehinggakan beliau minta tolong dengan menteri lain untuk ambil anaknya bekerja. Hari ini beliau mengamuk lagi siap kata orang bodoh hanya kerana pihak pakatan rakyat menyuruh bayar minyak guna duit gaji menteri sendiri. Datuk Nazri berkata “ Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah”.

nazri

Dia juga marah dengan Lim Kit Siang yang memberi cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menentukan sejarah sebenar tragedi 13 Mei 1969 disifatkan sebagai bodoh. Nazri turut hangin satu badan dengan Sasterawan negara A.samad Said yang lambat menyerah diri angkara mengibarkan bendera Sang Saka Malaya sewaktu beliau berucap pada malam ambang kemerdekaan.

p/s:  Rafizi setuju dengan cadangan Nazri untuk debat, harap diadakan secara live oleh stesen Tv malaysia, agar rakyat boleh boleh menilai dengan baik mengenai calon yang telah mereka pilih, moga debat itu berkisar kepada harga minyak bukan serangan mengenai pribadi. tentang Lim Kit Siang pula tubuhkan je lah Suruhanjaya Siasatan Diraja dan siasat biar semua puas hati, jangan nak melalak marahkan orang je. A. Samad bukan tak nak serah diri cuma lambat je sebab dia penat dan dah tua , timbang rasa le takkan nak paksa pergi jam 2 pagi ke balai – harap rakyat kenal siapa sebenarnya nazri nie

No comments:

Post a Comment