Pages

Friday 28 June 2013

Tahanan mati dalam lokap, Menteri Dalam Negeri memberi pencerahan…

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak tanggapan kebanyakan kes kematian tahanan dalam lokap berpunca daripada keganasan polis. Katanya 231 kematian dilaporkan dalam lokap dari 2000 hingga Mei lalu dengan hanya dua kematian berpunca daripada tindakan polis. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 196 tahanan meninggal dunia akibat penyakit seperti asma, HIV dan serangan jantung.

jail

Bukan semua kematian dalam tahanan disebabkan keganasan polis.. katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sesi soal jawab pada Sidang Dewan Rakyat, semalam.

p/s: taniah datuk atas pencerahan tersebut, adalah diharapkan orang awam selepas ini jelas dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang  cuma mencabar kreditibiliti anggota keselamatan kita…jika anda ada bukti sekalipun jangan disebar di media sosial atau apa juga jenis cara sebaran maklumat, sila hantar dan buat laporan kepada pihak polis atau terus kepada kementerian yang terlibat dengan mengemukakan bukti..pastikan anda ada salinan bukti untuk rujukkan jika kehilangan atau diminta semula akibat keciciran, kerana manusia tidak pernah terlepas dari kesilapan.

No comments:

Post a Comment