Pages

Sunday 14 July 2013

Mangsa Pertama Mercun Buatan Sendiri Di Kedah

 

Alahai baru masuk puasa Ramadahan yang ke 4 dah ada kes pertama mangsa mercun buatan sendiri yang dilaporkan di Alor Setar Kedah, mangsa dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling dipercayai menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Selasa.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling. Dikatan kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.  http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_jenayah&file=/2013/7/11/mstar_jenayah/20130710192229

 

Bukan kami nak menghina, kalau ya pun nak tunjuk bahawa rakyat Malaysia kreatif dan inovatif biarlah kena pada tempatnya bukan dengan cara membahayakan nya sebegini, nasihat ini bukan sekadar kepada yang hendak bermain mercun tetapi juga kepada semua yang hendak mengubah sesuatu menjadi lebih canggih lah la konon, orang di negara yang terkenal dengan kreatif dan inovatif pun melakukan  kajian dengan cara selamat bukan macam kita yang terlalu ramai para inovatif  yang suka mengubah ciptaan atau idea orang lain tanpa membuat kajian atau merujuk kepada yang lebih pakar… kebanyakkan yang suka mengubah tanpa berfikir ni pada pandangan kami hanyalah golongan yang suka berseronok dan bukannya menjurus kepada kepentingan umum dan negara.

No comments:

Post a Comment