Pages

Tuesday 6 August 2013

Cari Aisyah!!!, pakwe ambik anak?

 

Dalam keasyikkan kita membeli belah demi menyambut lebaran yang bakal menjelma dua hari lagi janganlah terleka dan lupa tanggungjawab kita kepada anak – anak yang dibawa bersama, kerana saban tahun pasti ada kanak – kanak yang hilang sehingga tidak dijumpa lagi.Baru – baru di dinding facebook kami terpampang wajah comel seorang kanak – kanak yang bernama Aisyah telah hilang dan ada rakaman menunjukkan bahawa beliau dibawa lari. berikut ada gambar tersebut, ini gambar yang dirakam semasa kejadian di Jasco Rawang. Namun syukur seperti yang dilaporkan dalam facebook kanak – kanak ini telah dipulangkan kepada ibunya oleh pakwe ibunya, ni nak gurau lah kot, kalau nak gurau janganlah yang bangang macam nie. Pada pandangan kami perkara sebegini harus juga dikenakan tindakkan undang – undang sebagai pengajaran kerana menyusahkan pihak berkuasa.

Namun apa yang amat mendukacitakan kami semasa gambar ini dipaparkan dalam facebook ada yang menekan butang “like”, ini pada pandangan kami samalah seperti menyatakan tahniah kerana adik Aisyah ini diculik, sepatutnya ucapan takziahlah dan berkongsi “share” supaya ramai yang membaca dan memberi info jika ada.

p/s: kepada ibu bapa yang bakal pergi untuk last minute shopping , kami sarankan kalau boleh jangan lah membawa anak – anak yang masih kecil , kerana khuatir akan disambar orang dalam keasyikkan kita membeli belah. kerana pada masa sekarang inilah sendiket penculik dan sendiket peminta sedekah sibuk mencari mangsa mereka demi kepentingan diri mereka… so kami sekali lagi berpesan berhati – hati ketika membeli belah, perhatikanlah anak – anak anda, kerana setiap hari di pasaraya pasti ada pengumuman tentang kanak – kanak yang hilang. last dari kami selamat membeli belah dan selamat hari raya.

No comments:

Post a Comment