Pages

Friday 9 August 2013

Sindiket 'black money' tumpas,

 

Sindiket Black Money yang dipercayai telah beroperasi selama dua tahun ini dalam penghasilan wang palsu akhirnya tumpas setelah dua orang warga asing tertangkap hasil laporan daripada seorang ahli perniagaan Indonesia yang merasakan diri telah ditipu.
Bukanlah nak mempersoalkan kewibawaan dan kecekapan anggota polis kita, namun kenapa setelah dua tahun baru dapat dikesan dan ditangkap, bayangkan berapa banyak kerugian yang telah kita tanggung akibat pertukaran wang paslu ini dengan  wang tulen negara kita, adakah selama tiada operasi dijalankan kerana tiada laporan atau kerana terlalu takut untuk tampil kehadapan untuk membuat aduan sehingga perkara ini sukar untuk disiasat . Andai kata tiada laporan diterima daripada ahli perniagaan Indonesia, mungkin perkara ini akan berlanjutan lebih lama lagi .

Menurut laporan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata suspek yang berusia 32 dan 46 tahun itu masing-masing berasal dari Guinea dan Britain. "Mereka ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di ibu negara kira-kira 2 petang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, hari ini. Beliau berkata, serbuan itu dilakukan selepas seorang peniaga dari Indonesia, yang berurusan dengan sindiket terbabit menyedari ditipu sebanyak AS$13,000(RM42,250) dan melaporkannya kepada polis.

Mengenai serbuan itu, Mohmad berkata pihaknya turut merampas wang kertas palsu bernilai US$100 sebanyak 4,896 keping dan kertas hitam yang digunakan untuk penipuan itu. Siasatan awal mendapati beberapa keping wang Amerika itu dihitamkan dengan bahan tertentu dan selepas dibersihkan dengan bahan kimia itu, keaslian wang itu seolah-olah terserlah. Kedua-dua suspek ditahan reman selama 21 hari sehingga 21 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

p/s : moga selepas ini pihak berkuasa lebih prihatin agar perkara sebegini berulang dan cepat dikesan jika ada sindiket lain yang turut melakukan perkara sama.

No comments:

Post a Comment