Wednesday, 13 November 2013

simpang maut samarahan

 

Samarahan kini memerlukan lebih lampu isyarat , terutama dikawasan simpang – simpang utama. pada pemerhatian kami mendapati lampu isyarat dikawasan simpang bank Islam adalah amat diperlukan memandangkan kawasan tersebut kerap  berlaku kemalangan akibat kurang tolak ansur daripada pengguna jalanraya di kawasan tersebut. Menurut aduan yang kami terima , hampir setiap bulan pasti ada kemalangan dikawasan berdekatkan dengan Bank Islam samarahan.

photo 1 photo 2

Kami berharapan pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk terutamanya dikawasan Kota Samarahan. Setidak – tidaknya disediakanlah polis trafik untuk mengawal lalu lintas terutamanya pada waktu turun dan pulang kerja sekitar jam 7 pagi dan 4 petang..moga suara kami yang lama dah senyap ni sudi didengari.

No comments:

Post a Comment