Pages

Monday 20 January 2014

Berita TV 3 dan Astro berat Sebelah

 

sudah terlalu lama kami memendam rasa hati ini dengan pihak TV 3 dan Astro yang sering berat sebelah terutamanya apabila segment sukan, di mana apabila Sarawak dan Sabah menang maka tiada jaringan gol ditunjukkan. Pada mulanya kami tidak hirau sangat tentang perkara seperti ini hinggalah ada yang mengadu dan kebetulan beberapa hari lepas semasa menonton berita di TV 3 segment sukan kami memelihat setiap rakaman gol yang dibaca oleh pembaca berita sehinggalah beliau menyebut keputusan sarawak menang , namun tiada jaringan ditunjukkan seperti pasukan lain, setelah itu ketika ramalan kaji cuaca pemberita sekali lagi menganak tirikan Sarawak dan Sabah dengan menyebut “ Ramalan Kaji Cuaca Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak” persoalannya

mengapa demikan , bukan kah bila disebut Malaysia pastinya membawa maksud “semenanjung malaya berserta Sabah dan Sarawak”. Kami beranggapan bahawa pihak TV dan Astro masih belum dapat menerima bahawa Sabah dan Sarawak yang kaya dengan hasil bumi yang digunakan untuk membangun Melaya sebagai negeri dalam Malaysia.

p/s: kami berharap mana – mana pihak media massa akan peka terhadap perkara ini dan memperbaikinya pada masa yang akan datang. Ingat bahawa anda juga sedang diperhatikan.

No comments:

Post a Comment