Beberapa hari lalu kami terbaca dalam facebook bahawa satu rompakkan bersenjata telah berlaku di kawasan Satok dalam Bandaraya Kuching, dikata bahawa 2 orang pemuda Melayu melakukan rompakkan tersebut bersenjatakan sepucuk pistol automatik. Kami bukanlah hendak menceritakan kejadian ini, tapi sekadar menyatakan pendapat bahawa Bandaraya Kuching sudah bertambah tidak selamat dengan kemasukkan senjata api, ini juga menunjukkan bahawa kawalan sempadan negeri Sarawak ada masalah sehinggakan senjata api boleh dimiliki oleh pengguna yang tidak berlesen.
![]() dari laman web : http://3.bp.blogspot.com |
|
Bayangkan sekira pistol yang boleh memuatkan 21 peluru ini semakin banyak diedarkan secara haram, pasti satu masa nanti kita akan berasa takut untuk keluar rumah , kerana sudah tentu kadar jenayah berat semakin meningkat. Moga Pihak – pihak yang mengedar senjata api dan apa jua senjata agar berfikir dahulu sebelum menjual barangan sebegini meskipun membawa banyak untung tetapi jangka masa panjang akan merugikan semua termasuk anda yang mengedar. Manakala kepada pihak yang Berkuasa laksanakanlah undang- undang dan ketatkan kawalan, jangan sampai Bandaraya Kuching Bermandikan Darah saban hari baru nak bertindak.
p/s: mcm bandar koboi lah kuching kalau tak dibiarkan ..nanti bukan lagi geng fight tumbuk dan tetak dengan parang… silap2 lawan tembak mcm cerita koboi di Padang merdeka lagi tu…
No comments:
Post a Comment