Pages

Friday 5 July 2013

Sim kad SKMM dan sim kad 1 Malaysia, harga naik berkali ganda

 

SKMM telah lama mengadakan sim kad unlimited kepada rakyat Malaysia yang kurang mampu dan juga kepada para pelajar demi untuk merapat jurang antara semua rakyat Malaysia dan sekaligus dapat membudayakan IT kepada semua rakyat Malaysia serta mengubah generasi  buta IT kepada celik IT, SKMM bukan sahaja menyediakan Broadband Yang murah dan laju , namun turut membekalkan komputer netbook kepada JKK kampung dan juga para pelajar, di sini kami suaraajaib.blogspot.com meluah sedikit rasa kesal kerana ada sesetengah pihak telah mengaut ke untungan yang berlipat kali ganda dengan penjual sim kad SKMM dan broadband 1 Malaysia, ini semua terjadi kerana permintaan yang tinggi disebabkan kelajuan internet prepaid mengalahkan atau telah mengatasi kejuan sim postpaid tanpa mengira syarikat penyedia perkhidmatan broadband ini.

 

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2013/04/netbook-1malaysia.jpg

bayangkan jika pada permulaan pengenalan sim SKMM dan broadband 1 Malaysia harganya cuma rm 25 termasuk dengan isiannya,namun kini yang terbaru kami terima harganya telah mencecah hingga rm 100 tanpa isian dan 110 dengan isian rm 25, pada masa ini yang kami perasan adalah broadband dari syarikat telekomunikasi yang ternama di Malaysia iaitu celcom telah mendahului kadar permintaan sim SKMM dan 1 Malaysia. kami amat berharap Kementerian telekomunikasi dan pihak telekomunikasi dapat membuat siasatan terhadap perkara ini, kerana golongan yang sepatutnya dapat membeli dgn kadar yang murah telah terbeban sehingga tidak mampu membeli , bayangkan sim kad sahaja 110, modem pula rm 120 ..maka golongan yang berpendapatan rendah menjadi sukar untuk mendapat sim tersebut, manakala peniaga atau peruncit akan terus menerus mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda

P/s: laptop 1 malaysia yang dibekalkan terutamanya yang berjenama lenovo juga kami dapati telah ramai yang menjual terutama jika netbook tersebut di serahkan kepada JKK yang buta IT, kadang2 belum sampai ke tangan JKK pun sudah ada yang booking… mohon kepada yang tahu tentang perkara ini sila buat siasatan dan ambillah tindakkan yang sewajarnya ..demi kebaikkan semua.

No comments:

Post a Comment