Pages

Thursday, 11 April 2013

Hukuman setmpal

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan empat kali sebatan kerana merompak, mencabul dan memaksa seorang penumpang wanita melakukan seks oral bersamanya dua tahun lalu.

http://www.andikafm.com/images/news/real/Anak_Smu_Di_perkosa3.jpg

Gambar Hiasan

Hakim Mahkamah Sesyen, Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes keraguan yang munasabah.

M. Saravanan, 30, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan kerana memaksa seorang wanita berusia 31 tahun untuk melakukan seks oral bersamanya.

Dia dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan diperintahkan menerima satu sebatan atas kesalahan mencabul kehormatan wanita itu dengan melakukan cumbuan ke buah dadanya.

Saravanan juga dijatuhi hukuman penjara 7 tahun bagi kesalahan merompak telefon bimbit Blackberry wanita itu dan wang tunai kira-kira RM500 dengan menggunakan parang.

Peguamnya membuat rayuan agar hukuman dikurangkan kerana anak guamnya hanya menerima pendidikan sehingga tujuh tahun, datang dari keluarga yang miskin dan bapanya seorang mekanik.

Timbalan Pendakwa Raya. Tan Gin Han berkata, mangsa adalah tunggal dan kejadian tersebut telah memberi kesan psikologi yang akan menjejaskan kehidupan mangsa di masa depan.

Tan berkata Saravanan sepatutnya menghantar penumpangnya ke destinasi mereka dengan selamat tetapi telah mengambil peluang ini untuk menyakiti dan merompak mangsa.

Beliau berkata pendidikan hanya tujuh tahun Saravanan bukanlah alasan yang baik kerana ia sudah mencukupi untuk mengajar dia agar tidak melakukan kesalahan itu.

Hakim, Hasbi berkata beliau bersetuju dengan Tan kerana Saravanan merupakan seorang pemandu teksi dan kesalahan itu akan menjejaskan imej negara, terutama industri pelancongan.

Beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

PS : orang macam ini sepatutnya hukuman penjara dijalankan secara berasingan saupaya dia serik .

No comments:

Post a Comment