Pages

Wednesday 21 August 2013

Benar Ujian kehamilan PLKN dorong pengguguran bayi?

 

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/160/200x267x9fb965cb0a92cf6e2b1ac2db12752011.jpg.pagespeed.ic.AIlHCUQC7v.jpg

Pengarah ksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah berkata  “Mewajibkan ujian kehamilan untuk pelajar yang terpilih untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukan hanya "melanggar privasi" tetapi juga membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan”menurut mereka, ia mungkin mendorong pelatih yang belum berkahwin mengambil "langkah drastik" untuk mengelakkan kehamilannya dikesan.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.169296.1370823617!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Sejauh manakah kesahihan penyataan tersebut, sedangkan tanpa ujian tersebut pun ramai juga remaja yang melakukan pengguguran bayi, adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa ujian kehamilan akan mendorong kepada pengguguran bayi, jika difikirkan semula  tentang ujian ini, kami mendapati ujian ini lebih kepada positif kerana bila seseorang bakal peserta PLKN didapati mengandung maka secara automatik mereka akan di hantar kepusat pelindungan khas untuk remaja yang mengandung, disamping itu juga ujian ini adalah untuk mengelak remaja yang mengandung mengalami keguguran semasa mengikuti aktiviti lasak di semasa dalam latihan. Maka pada kami ujian kehamilan ini penting untuk memastikan keselamatan pelatih dan anak dalam kandungan.

P/s: apa komen anda jika pelatih mengandung 3 bulan atau 4 bulan selepas keluar dari PLKN?.. nantikan kupasan nya….

No comments:

Post a Comment