Isu terbaru yang menimbulkan kekecohan umat Islam di Malaysia adalah pengguguran peserta beragama Islam daripada menyertai Ratu Cantik Malaysia, kami sokong tindakkan tersebut yang berdasarkan kepada fatwa pada tahun 1996, namun seperti yang rakan blogger www.lianglahad.blogspot.com laporkan bahawa menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..pada padangan kami sewajarnya Datuk Wan Zahid berusaha untuk menjelaskan semua nya seperti yang termaktub dalam hukum agama Islam bahawa menampak tubuh hatta sehelai rambut pun kepada yang bukan muhrim adalah berdosa.
http://ping.busuk.org/v/121676/info-mahu-mewakili-melayu-peserta-ratu-cantik-2013.html |
Dalam kehangatan isu ini , ada juga yang bertanyakan kepada kami bagaimana pula jika perempuan islam menyertai pertandingan gimnastik dan renang..apakah hukumnya , pada pendapat kami tetap juga haram berdasarkan kepada hukum dilarang menunjukkan aurat kepada yang bukan maharam mereka. Ada yang menyatakan bahawa mereka tidak menampakan kulit asal mereka ,malah menutup dengan rapi… memang mereka menutup dengan rapi ,tetapi tetap menampakkan bentuk badan mereka dan inilah yang dinamakan berpakaian tetapi seperti telanjang.